Nasi Ambeng bermula apabila masyarakat Jawa yang berasal dari Tanah Jawa Indonesia mula berhijrah ke Tanah Melayu sekitar tahun 1890 hing...
Nasi Ambeng bermula apabila masyarakat Jawa yang berasal dari Tanah Jawa Indonesia mula berhijrah ke Tanah Melayu sekitar tahun 1890 hingga 1900.
Nasi Ambeng merupakan makanan tradisional masyarakat Jawa semasa mengadakan kenduri kahwin, doa selamat dan lain-lain.
Cara Nasi Ambeng ini dihidangkan adalah sangat unik. Ia dihidangkan di dalam dulang yang besar dengan dilengkapi dengan lauk-lauk asli Jawa. Terdiri daripada serunding kelapa, ikan kering bulu ayam, kacang tanah, sambal goreng, begedil, ayam masak kicap dan sayur kacang panjang.
Satu hidangan nasi ambeng biasanya dimakan untuk 5-6 orang.
Konsep nasi ambeng ini amat unik kerana ia menerapkan sikap persepakatan dan perpaduan dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan tidak mengira pangkat dan darjat. Tiada beza jenis makanan bagi yang miskin dan yang kaya.
Transformasi dan revolusi sudah banyak berlaku dalam pengayaan nasi ambeng.
Dan yang menariknya nasi ambeng ini banyak terdapat di negeri Johor Darul Takzim.